Pertama aku nak terima kasih banyak2 kat kawan aku yang galakkan aku menulis dlm blog di sini.
aku nak gunakan blog ni utk aku menulis sebanyak mungkin khusus bab bab harian aku dan apa apa sahaja yg aku fikir nak bagi ulasan.
harap korang bglah komen kat aku kalu ada respon apa apa yang korang dapat di sini...aku pun taklah perfect sangat.
tujuan aku letak ayat quran tu supaya korang dapat pahala terus bila tengok ayat tu...
sebab ada kawan aku cakap ayat quran jadi pahala tengok walau tak baca...
ok selamat membaca..
|
|
Monday, April 14, 2008
Bahan menarik dari blog heliconia
Ada sajak aku jumpa dlm ruangan komen blog heliconia...menarik dan menyentuh hati aku yang keras jgk ni...walaupun ada huruf perkataan tak pernah aku dengar tapi nanti aku carik apa dia makna nya tu...
Ikhwan itu orang Beriman
Jika ingin mengenal ikhwan,
mereka yang terus kita rasa,
ada perasaan cinta yang bergetar di dalam jiwa…
Jika orang beriman itu sangat bersaudara,
kita akan kenali para munafik itu suka bersengketa,
meletakkan nafsu di depan daripada wahyu Tuhan,
kurang ajar dalam beradab dengan Rasul Pilihan…
Jika kita sudah merasa,
ada cinta lahir tiba tiba,
ia menandakan kita semua sama,
dari satu sumber yang tiada dua,
Jika hati kita bergetar mendengar nama ALLAH,
Hiba dalam rindu mengingati Rasulullah,
pandanglah pewaris baginda yang jelas lagi bersuluh,
menjadi ubat untuk umat yang resah
lagi teruk dihimpit penyakit parah..
Kerana melihat al quran mendatangkan ketenangan
melihat ibu bapa menjana keridhaan.
melihat kaabah kerana ia syiar Tuhan
melihat guru mursyid juga satu ibadat yang tiada kurang pahala dari apa yang disebutkan..
Pegang teguhlah wahai umat para Wali Pilihan di akhir zaman
genggamlah bara hingga menjadi arang !
Selamat berjuang melawan musuh luar dan dalam jiwa kita..
moga berjaya semua amin !!
Madad Ya Rasulallah !
Madad Ya AHli Baitullah !
Madad Ahli Arifin Billah !
Posted at 07:36 pm by aku budak blues
Permalink
Saturday, April 12, 2008
aku jumpa forum bab ternakan babi ni..mari baca ramai 2
| Author |
|

farzy_1409
Posts: 25
Location: Iran 
Joined: 31.01.08
Status: Offline
|
| Posted on 10-04-2008 11:11 |
|
|
TOLONG PAHAM ISU BAIK2...JANGAN IKUT KATA ORANG..ISLAM ADA PENYELESAIANNYA
Biasanya, kalau orang marahkan sesuatu, ringan saja mulut tu nak cakap
‘babi’, sehinggakan kereta kancil pun dah jadi kereta babi. Sebabnya,
dalam mencari tempat parking kereta, ternampak satu ruang kosong. Lalu
meluru lah dia ke tempat kosong tersebut, tetapi bila hampir di tempat
yang disangka kosong itu, ternampaklah dia akan sebuah kancil yang
telah diparking di situ. Lalu ringan je mulut dia menyumpah “babi…”
Itulah kisah kereta kancil jadi kereta babi.Apa kaitan dengan ladang babi Mega di Selangor?
Tetapi dalam kes projek Ladang Ternakan Babi Mega di Selangor ni, siapa
yang babi? Babi itu kah yang babi atau orang yang mempolitikkan isu ini
yang ‘babi’, atau orang yang tak mengaku meluluskan projek ini yang
babi? Lantaklah, tak kuasa nak menyumpah orang. Faktanya, kalau dilihat
kepada enakmen penternakan babi sebagaimana terdapat dalam laman web
Jabatan Haiwan Selangor, masih lagi mengguna pakai akta tahun 1991. Tak
tahulah kalau sudah ada akta yang terkini. Kalau ada, bermakna JPH
Selangor tak buat kerja untuk update laman web mereka.
PRINSIP PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
--------------------------------------------------------------------------
5. Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991
Objektif Operasi
Pewartaan Enakmen ini adalah bertujuan untuk menentukan supaya semua
aktiviti penternakan babi di negeri ini dijalankan secara terkawal
mengikut syarat-syarat pelesenan dan mengamalkan sepenuhnya konsep
mesra-alam seta mengambilkira sensitiviti masyarakat sekitar.
Kawasan Penternakan Babi(Pig Farming Area)
Di negeri ini Kawasan Penternakan Babi belum dikenalpasti dan
diwartakan. Bagaimana pun menjelang Julai 1998, lesen Penternakan Babi
Sementara akan dikeluarkan kepada ladang-ladang babi yang mematuhi
syarat-syarat Jabatan.
Hukuman
Hukuman denda sehingga RM 15,000.00 atau penjara 3 tahun atau
kedua-duanya sekali boleh dikenakan terhadap penternak-penternak yang
didapati menjalankan aktiviti penternakan babi tanpa lesen yang sah.
--------------------------------------------------------------------------------
Akta ini jelas untuk mengawal penternakan babi di Selangor supaya mesra
alam dan mengambil kira sensitivity masyarakat, terutama orang-orang
Islam. Namun begitu kelemahan penguatkuasaan baik dari pihak PBT mahu
pun JPH sendiri telah menyebabkan banyak berlaku pencemaran alam dan
gangguan kepada masyarakat Islam sebagaimana laporan2 media. Contoh
yang masih saya ingat ialah pencemaran Sungai Langat. Untuk maklumat
lanjut, sila rujuk Karam Singh Walia.
Manakala mengikut kata Sdr Khir Toyo, matlamat pengeluaran babi di
Selangor ialah untuk kegunaan tempatan saja iaitu sekitar 250,000 ekor.
Dan jika dibanding dengan statistik ladang babi di Selangor, yang
berjumlah 147 buah, purata satu ladang babi menternak 1700 ekor babi.
Banyak tu!!!
Bayangkanlah, 1700 ekor babi dalam satu ladang. Satu Selangor ada 147
buah ladang, bermakna 147 buah kampong atau pekan dalam Selangor ada
1700 ekor babi di dalamnya (purata). Berapa banyak sungai yang
tercemar? Berapa banyak kawasan yang udaranya tercemar? Bearapa banyak
lalat2 yang singgah bagi salam kat penduduk Islam Selangor dengan
membawa bersama sisa2 babi?
Bandingkan pula dengan hanya satu kawasan saja di Selangor ini yang
dikhususkan untuk ternak babi. Tempat lain tak boleh, Hanya di kampong
Tumbuk, Sepang sahaja yang boleh ternak babi. Tempat ini pula memang
telah menjadi tapak utama penternakan babi di Selangor, bukan isu baru.
Cuma yang digembar gemburkan ialah nilai 100 juta itu nampak seperti
‘mega’ dari segi saiznya. Walhal kalau dikaji kenyataan MB Selangor,
ladang tersebut merupakan ladang moden yang akan ‘recycle’ balik segala
hampeh2 babi untuk kegunaan babi juga tanpa keluar dari kawasan mereka.
Bermakna satu bentuk system penternakan yang sofistikated. Itu yang
membuat kosnya tinggi, bukan kawasannya yang mega. Penternakan babi ini
lebih kepada ‘feedlot’ bukan jenis lepas bebas. Jadi, bagi saya yang
tak makan babi ni, tak nampak pula apa masalahnya dengan cadangan ini.
Lagi baik ada lah!
BROGA
Kita ni kalau nak membangkang tu, biarlah kena bendanya.Sebagai orang
yang terlibat dan minat dengan industri binaan dan industri2
hilirannya, saya cukup terkilan apabila projek incinerator Broga
dibatalkan. Bukannya saya ada syer, tapi dari segi praktikalnya saya
amat bersetuju dengan cara pelupusan sampah melalui system incinerator.
Tetapi orang kita ni memang kaki bangkang. Projek ini, tak silap saya
semasa Khir Toyo jadi MB. Kena bantah, sampai court, dan akhirnya
batal. Sudahnya, berapa tempat di Selangor ini yang jadi tempat buang
sampah? Sampai satu tahap, tutup dengan tanah. Cukup haul, buat rumah.
Bila dah siap rumah, baru padan muka. Bau busuk entah dari mana la,
udara tercemar sampai besi2 pun berkarat, semut banyak, anai2 takyah
cerita la, macam2 lah. Tempat sampah katakan!
Ha.. bangkang la lagi ikut sedap perut! Apa guna ada anak watan yang
ada ilmu kalau tak mau guna ilmu? Bangkang ikut nafsu,sebab ada
kepentingan, atau bangkang sebab saja suka bangkang, nama lagi NGO. Tak
buat kerja, tak dapat peruntukan. (nota: kebanyakan NGO mendapat
peruntukan dari kerajaan).Atau bangkang sebab tak tau, tapi dah orang
lain bangkang, kena la bangkang, nanti orang kata apa pulak. Yang TV3
tunjuk dalam Dateline kul 12 tadi tu, takde orang lain dah tu. Orang
UMNO lah tu yang protes depan pejabat MB pasal isu ladang babi mega
ini.
Itu yang saya tertanya-tanya ni, faham ke dia orang ni? Entahlah, siapa
yang babi ni? Walaupun babi ni makhluk haram, bila dia marah anak atau
kawan,tak pernah disumpahnya anak atau kawannya itu “menatang
babi!!”Percaya lah, dia tak sumpah cam tu!
as syirazi |
|
| Author |
|

farzy_1409
Posts: 25
Location: Iran 
Joined: 31.01.08
Status: Offline
|
| Posted on 10-04-2008 11:13 |
|
|
Cerita sebenar di sebalik projek ternakan babi!
TERKEJUT betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada
TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang
kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan Exco
PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana
menyokong projek berkenaan.
PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana
kepentingan politik. Malah pengulas "kuda kayu" ini tidak segan silu
menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan
ayat-ayat Al-Qur'an dan juga petikan kitab Injil. Selanjutnya beliau
menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan
membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan. Macam mana
mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham. Kita ingatkan apabila
dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan
akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya
tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan
selamanya.
Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat
tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di
mana-mana di Malaysia.
Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu
yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di
dalam mengaut keuntungan. Dan jangat kita lupa bagaimana beberapa
pimipim menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE)
untuk kepentingan mereka.
Perlu diingat bahawa negara kita terdiri daripada berbilang kaum dan
agama, dan ada di kalangan rakyat yang makan daging babi. Justeru itu
binatang ini perlu dipelihara bagi mendapatkan dagingnya.
Ketika RTM asyik menghentam keromo PAS, perlu diingat bahawa ternakan
babi terus berjalan tanpa ada usaha konkrit untuk mengawalnya daripada
mencemar alam sekitar. Kita berterusan menghadapi pencemaran air yang
akhirnya membawa bencana kepada umat Islam sendiri.
Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB
Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini
ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas.
Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2
minggu sebelum pembubaran parlimen. Walaupun saya orang kuat PAS, saya
menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas
menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam
menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu
pencemaran air.
Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi
moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara
di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala
najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah
darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada
kitaran ini.
Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution)
akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga
pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai
kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat
sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang
mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika
berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.
Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah
pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek.
Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan
air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu
kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?
Mungkin RTM tak peduli itu semua kerana yang penting bagi mereka ialah
melepaskan geram pada Pakatan Rakyat. Cerita benar atau palsu bukan
ukuran penting bagi mereka.
Kalau babi tu kita boleh maafkan sebab mereka dijadikan Allah tanpa
akal, tetapi yang manusia kat RTM ini diberi akal tetapi masih tak mahu
menggunakannya! Cuba anda fikir, mana lebih teruk?
as syirazi |
|
| Author |
|

ap0 nAk JADi
Posts: 9
Location: Malaysia 
Joined: 08.04.08
Status: Offline
|
| Posted on 10-04-2008 11:16 |
|
|
ha...
ni smue salah si khir toyo tu la...
die yg open dulu...
penyapu la,makan tempe stiap hari la....
ish2x...
mentang2,khir toyo jd pembangkang,sue nak diperbesarkan...
time die dulu jd mb,orang kecoh2,die ckp,org tu x open minded...
ermmmm....aku dok selangor...
paham sgt...
bekas yb kat dun ni..
brape byk kete die?
siap belikan wife die jaguar lg...
beli lot kedai brape byk...
projek turap jalan pun byk x siap...
buat rosak je krete...
alhamdulillah,skrg ni tmpt aku PAS yg ambil alih...
insyaAllah,ade perubahan..
biar skit2 wat perubahan..spy dpt wat perancangan ngan teliti...
x r mcm khir toyo dulu,smue nak siap sekaligus,...
sa2 pape pun x jd...
 |
|
| Author |
|

pearl_iman
Posts: 245
Location: Malaysia 
Joined: 07.12.07
Status: Offline
|
| Posted on 10-04-2008 14:19 |
|
|
hmm...bila pembangkang dah menang baru nak mengelabah..
sepatutnya kerajaan kena ubah perangai utk tarik kepercayaan rakyat..
tp takde apa2 tindakan..nmpknya barisan nasional ttap tak berubah..
sampai isu babi ni pun nak di besarkan..
betul2 tak faham ngan dorg ni.... *pissed*
lautan muhibah pengikat ukhwah,
kasih bersemi mesra abadi,
begitu indah ukhwah fillah,
wasilah mendamba cinta ILAHI.. |
|
| Author |
|

farzy_1409
Posts: 25
Location: Iran 
Joined: 31.01.08
Status: Offline
|
| Posted on 10-04-2008 14:48 |
|
|
Berkenaan kes Ternakan Khinzir di Selangor
"Berkenaan kes Ternakan Khinzir di Selangor.Tolong jangan salah
faham... kita semua tahu propaganda dari BN yang menggembar-gemburkan
perkara yang sensitif begini. Sudah menjadi lumrah kepada mereka yang
kalah kerana mereka tiada jalan lain untuk menghentam Pakatan Rakyat.
Dari itu, yang pertama-tama sekali, kita sebagai warga yang
cerdik-cerdas harus bersikap lebih tenang dalam menterjemah maklumat
yang kita terima. Soalanya di sini, yang mana lebih baik ?
Diulangi, yang mana lebih baik ?
A) Lebih dari 10 tempat pembiakkan khinzir di merata ceruk selangor
sehingga apabila JE atau pencemaran barulah diketahui akan kem-kem
khinzir ini dan semestinya pencemaran berlaku sewenangnya kerana
pertumbuhan ladang ternakan ini tidak terkawal & tidak mengikut
prosedur alam sekitar.
B) Dengan Peruntukan 100juta, hanya satu tempat dimajukan untuk
penternakan khinzir ini dan dibangunkan dengan sistemetik serta sistem
perkumbahan yang membantu dalam konteks alam sekitar.
Dapatkah tuan2 yang bijaksana membezakan antara impak A dan B...?
Cerita pasal khinzir.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, penternakan khinzir ini
bukan bermula dari tahun 2008 atau lebih tepat selepas 8 Mac 2008.
Jangan kita lupa pada tahun 1999 kalau tak silap, penyakit JE melanda
beberapa negeri di Malaysia dan negeri saya yang paling teruk dilanda
wabak ini iaitu N.Sembilan di bawah Dato’ Seri Utama Tan Sri Isa
Samad.Tahukah anda, mengapa di antara tauke lembu, tauke kambing dan
tauke khinzir, kita akan dapati tauke khinzir 10 kali lebih cepat kaya
dari tauke lembu dan kambing? Jawapanya mudah. Sekali khinzir beranak,
sedozen keluar atau 12 ekor berbanding dengan lembu dan kambing iaitu
hanya seekor. Oleh demikian, mana-mana pihak yang terlibat dengan
penternakan khinzir ini semestinya untung besar. Jangan tak percaya
bahwa dalam dunia ini ada juga orang Islam yang tutup mata pekak
telinga demi untuk dapat keuntungan pantas sebegini. Diorang boleh
cakap, "duit mana yang tak haram kat Malaysia ni…"
Berbalik semula kepada pertumbuhan ladang ternakan khinzir yang tak
terkawal tadi, percayalah bahawa anda semua tidak ketahui di
tengah-tengah ladang kelapa sawit yang agak terpencil, khinzir khinzir
berkeliaran umpama lembu-lembu di New Zealand. Siapa tahu? Anda takkan
tahu melainkan anda mempunyai helicopter atau ada sedara mara yang
kerja di jabatan ukur. Dengan pertumbuhan yang tak terkawal ini jugalah
pencemaran alam sekitar umpama tidak boleh dielakkan kerana poket-poket
yang penuh itu tidak pernah membusukkan ‘mereka’.
Tidak terfikirkah anda semua, ‘mereka’ ini membuat keuntungan dari
sini. Dari konteks ini mereka menjadi senang lenang. Dengan duit rakyat
yang mereka songlap itu, mereka bertambah kaya lagi dengan cara yang
mudah sebegini. Saya bukan bermaksud ‘mereka’ itu adalah melayu tetapi
tak mustahil ada yang terlibat. Walau cina sekalipun, adakah kita
sanggup membenarkan mereka menjadi tauke khinzir mencari untung yang
mencemar keindahan alam??
Jadi, adalah menjadi satu kelebihan moral dan adalah sangat praktikal
bagi kerajaan campuran negeri Selangor untuk memperuntukkan 100juta
bagi membangunkan pusat penternakkan khinzir DENGAN teknologi baru yang
boleh meng’nyah’cemar alam sekitar dari mana-mana aspek sekalipun.
Sama-samalah kita berdoa, agar dengan langkah ini, Selangor akan lebih
baik dan saya yakin langkah yang di ambil ini adalah suatu yang positif.
Please think out of a box and believe WE can do better.
as syirazi |
|
| Author |
|

stacie
Posts: 8
Location: Malaysia 
Joined: 03.11.07
Status: Offline
|
| Posted on 10-04-2008 16:23 |
|
|
time kasih kat farzy_1409 dan yg lain2 jgk. pd mulanya sy melenting gak bila baca paper.
tp bila da tarik nafas pnjg2, n take times 4 thinking, sy nekad nak cari jwpn dr pihak
kerjaan selangor plak. sbb sy yakin ni mainan politik umno-bn yg semakin galak
memperbodohkn org2 melayu n rakyat Malaysia. media kt yg sememangnya x telus x kan
dedahkan tujuan n advantages sebnr projek ternakan babi rm100juta ni. diorg terus di
perlakukn sprt 'lembu d cucuk hidung'. so izinkn sy copy pernyataan kat ats ni, utk sy
sedarkn kwn2 sy yg tertipu jgk... terima kasih..
salam ukhwah utk semua =P |
|
| Author |
|

stacie
Posts: 8
Location: Malaysia 
Joined: 03.11.07
Status: Offline
|
| Posted on 10-04-2008 16:30 |
|
|
cuba kt pk sesuatu, kalo la kerajaan selangor halang @ stop this big projek, media kt
akan terus menggila dgn tuduh Pakatan Rakyat x prihatin terhdp hak bkn Islam.. yg jelas
diorg (umno-bn) akan terus cuba memecahbelahkan PR, memperbodohkan kaum Melayu n
rakyat Malaysia dgn isu2 sebegini dan dgn memanipulasikn media. jgn terus biarkan kt
tertipu lg...
salam ukhwah utk semua =P |
|
| Author |
|

abduljabbar
Posts: 54
Location: Malaysia 
Joined: 27.01.08
Status: Offline
|
| Posted on 10-04-2008 16:58 |
|
|
salam akh farzy_1409...
bila ana baca...ia menampak lebih jelas tentang isu yg diperbesarkan dgn fakta2 salah dan secara mbutatuli sahaja...
perbincangan yg sihat dan perkongsian maklumat sebeginilah yg kita mahukan...
moga yg jelas itu menjadi lebih jelas dan tenggelamlah yg penipuan itu...insyaAllah...
syukran... |
|
| Author |
|

imakubex
Posts: 193
Location: United Kingdom 
Joined: 28.08.07
Status: Offline
|
| Posted on 11-04-2008 18:44 |
|
|
*from MalaysiaKini.com
Christopher Yogaswaran: This project could be a
catalyst if the co-generation of bio-gas via anaerobic digestion were
to be successfully carried out. The electricity and bio-gas generated
from that project could be given back to the people to enjoy at a
discounted rate compared to the traditional coal co-generated
electricity.
The new state government should first look into these options to make
sure that the rakyat stand to benefit from this project. Furthermore,
such a project would have a huge economical gain under the Clean
Development Mechanism (CDM) with even the possibility of the local
municipality benefitting financially.
Just imagine, if this project takes off, CDM is a success, then the
pay-off would be big and that could be used to help the people in that
municipality. Furthermore, if bio-gas is successfully produced, then
the next thing to do is to get bio-gas fueled vehicles in. Remember
that bio-gas is priced half the petrol rate. This project if given
enough thought and research, could be a fantastic catalyst for other
local municipalities.
Fear of this project is a normal thing as the rakyat have not been made
aware of the knowledge and technology that is available to even convert
pigs' waste into money. Who is to be blame for this fear?
http://www.malaysiakini.com/news/81086
http://www.malaysiakini.com/news/81211
http://imakubex.blogspot.com/
http://imakubex.iluvislam.com/
Edited by imakubex on 11-04-2008 18:45 |
|
| Author |
|

shearer
Posts: 193
Location: Malaysia 
Joined: 19.02.08
Status: Offline
|
| Posted on 11-04-2008 21:59 |
|
|
ana boikot malaysia nyer media... seperti TV1, TV2, TV3,
NTV7, 8TV, 9TV...Nespaper Utusan, Berita Harian, Sinar, The Star... sbb
depa habis dikonker ngan UMNO a.k.a. kerajaan BN yg memerintah skrang!!
so ana cari sumber lain melalui Youtube.com, TV PAS, Malaysiakini dan
Harakah website/newspaper... utk cari beri yg shahih dan lebih tepat...
p/s: ana kesian pd sesape yg xde internet utk mencari sumber yg shahih
lg benar, kerana antum telah ditipu bulat2 dan diputar belitkan oleh
media BN/UMNO hanya utk menyalahahkan Pakatan Rakyat (PR). Bagi adik2
yg masih baru, bangkit lah drpd dunia yg menipu diri kite sendiri....
cari kebenaran dlm hidup ini... kebenaran yg hakiki...
wallahu'alam....


Edited by shearer on 11-04-2008 22:00 |
|
| Author |
|

iqlass
Posts: 2
Location: Malaysia 
Joined: 11.04.08
Status: Offline
|
| Posted on 12-04-2008 00:09 |
|
|
ASSALMKM,
wahai saudara2 sekelian, memang benar berita ladang babi itu.
Penting dinyatakan disini ini bukanlah masa untuk menyalahkan sesiapa
tapi masa untuk saling membetulkan semua keaadan yang pincang .PKR
telah biberi peluang oleh rakyat untuk membetulkan kesilapan
,kesalahan,kepincangan, ketamakan pemimpin Umno YANG beragama islam.
Tidak akan mendapat apa2b kerugian kpd MB Selangor jika dapat
menghalang isu ini.Peluang dibagi untuk membuktikan anda wakil yang
adil......bukanya menuding kesalahan keatas kesilapan lalu......
Saya berpendapat bahawa MB tidak dapat menahAN tekanan drpd xco yang
kbanyakknya bukan muslim.APAKAH PKR mampu melawan tekanan jika dapat
memerintah kerajaan pusat nnanti jika diperingkat ngeri pun pada awal2
penubuhan telah tewas./..
BERJUANGLAH DEMI ISLAM,TAKUT AKAN TUHAN
ingatlah surah AL MAIDA AYAT 44
"MAKA JGNLAH ENGKAU TAKUT AKAN MANUSIA DAN TAKUTLAH KEPADA KU"
melayu-totok.blogspot.com |
|
| Author |
|

gaman
Posts: 2
Joined: 12.04.08
Status: Offline
|
| Posted on 12-04-2008 11:38 |
|
|
ana rasa.. kalau PR memerintah malaysia.. malaysia boleh no 1 dalam semua bidang di dunia..
terutamanya dalam industri export babi.. ini kerana PR itu ditunjangi oleh DAP.. |
|
| Author |
|

gaman
Posts: 2
Joined: 12.04.08
Status: Offline
|
| Posted on 12-04-2008 11:50 |
|
|
sejauh manakah PR akan bertahan... ana rasa sangsi dengan pakatan ini...
DAP (-) - dasar penubuhannya untuk menuntut hak sama rata kononnya
(padahal mereka ini menjadi malaysia sebagai sebuah negara kedua ala
singapore..
-apa mungkin DAP akan setuju Hukum hudud dilaksanakan di Malaysia..? kemungkinan adalah amat mustahil..
PAS(+) - satu perjuangan untuk Islam dan ingin Hukum hudud dilaksanakan di malaysia..
- tapi seakan2 mustahil impian itu tercapai selagi sepakatan dengan DAP...
PKR(agak neutral)
-lebih menuntut kepada keadilan dan kesaksamaan.. tapi motif utamanya
hanya untuk kepentingan peribadi... malang sekali ia dipimpin oleh
seorg pemimpin yang licik dan penuh kepura-puraan....
|
|
| Author |
|

Tsaqif
Posts: 74
Location: Malaysia 
Joined: 31.12.07
Status: Offline
|
| Posted on 12-04-2008 11:53 |
|
|
apasal bebal sangat.....
korang ni internet dah ada tapi dok percaya jugak
dengan utusan meloya tu....
korang tau tak, kerajaan PR akan memusatkan penternakan khinzir di satu tempat saja,
dengan kata lain semua ladang-ladang lain akan ditutup dan para
penternak akan beroperasi di debuah ladang saja iaitu di sepang!!!!
Tidak timbul isu MB selangor mendapat tekanan drpd exco2 china,,
tetapi kerajaan PR membina ladang khinzir tersebut untuk tujuan yang lebih baik iaitu kebersihan alam sekitar.....
Ada boleh mendengar sendiri pjeasan drpd tvpas.com |
Posted at 01:03 pm by aku budak blues
Permalink
Thursday, April 10, 2008
s/u KJ menulis - artikel lawak serius hahaha
Jika diikutkan hati, sebenarnya saya tidak mahu lagi menulis apa-apa
yang melibatkan mantan Perdana Menteri 'kesayangan' saya ini. Tetapi
oleh kerana sejak sehari dua ini nampaknya beliau semakin aktif dan
nampak lebih bertenaga mengkritik kepimpinan negara, maka saya pun
nampak gayanya tidak boleh berdiam diri jugalah !
Sebenarnya,
sehari selepas 5 buah negeri jatuh ketangan parti pembangkang dalam
PRU-12, saya telah menulis dalam blog saya dan menytakan bahawa kemelut
politik yang melanda negara kita sekarang ini adalah berpunca dari Tun
Dr. Mahathir. Di mana Pak Lah cuma mengambil alih sebiji 'kanser' yang
hanya menunggu masa untuk pecah dan meletup sahaja. Kini kanser itu
telah pun pecah dan meletup.
Saya juga hairan dan tertanya tanya
kenapa sejak akhir-akhir ini Tun Dr. Mahathir nampak begitu bersemangat
saja bila mengkritik dan menghentam kepimpinan negara yang ada pada
hari ini. Pada pendapat saya kenapa dia jadi begitu kerana 3 sebab
berikut:
1. Pertama - Mungkin dia betul-betul mahu Pak Lah letak
jawatan sebagai PM. Kemudian disusuli pula dua hari lepas, dia berkata
'Datuk Najib dah tak layak jadi PM'. Pada pandangan saya pula kenapa
beliau berkata begitu mungkin kerana mahu anaknya naik lebih cepat
sikit.
2. Kedua - Adakah dia kini merasa 'gelabah' kerana tarikh
'Raja Burung' bebas untuk terbang ke sana dan ke sini sudah semakin
hampir. Bukan apa saya dah nampak nanti kita akan tengok Raja Burung
ini akan terbang dan hinggap di atas kepala-kepala 'beruk', mak beruk,
bapak beruk dan tok wan beruk semuanya lalu berkata kepada semua suku
sakat beruk ini...'Hello, how are you beruk...' (hahaha...aku nak habis
tulis ayat ini tergelak 4 kali...kau orang macam mana berapa kali pula)
3.
Ketiga - Mungkin tapak tangan Dr. Mahathir dah sejuk kot. Faham-faham
sajalah wahai semua Pemimpin Umno jika tapak tangan dah sejuk nih..?
Bagi
saya Dr. Mahathir memang seorang Doktor belit no.1 negara sekarang ini.
Manakala Arkitek belit no.1 negara pula yang berada di Sg. Siput,
Perak? Sepatutnya semasa Berita Harian dan TV3 mengadakan Malam
Anugerah Bintang Popular pada 30 Mac 08 baru-baru ini, pihak penerbit
patutnya menambahkan lagi 2 anugerah seperti yang saya sebutkan tadi
iaitu anugerah Dr. Belit paling popular dan anugerah Arkitek Belit
paling popular.
Bila saya mengkaji 'style' lakonan belit beliau,
saya nampak beliau ada persamaan dengan pemain bolasepak Chelsea iaitu
Didier Drogba. Pemain ini jika kita perhatikan betul-betul lakonannya..
'Yang kena bentes adalah kaki kanannya tetapi dia meraung sakit kaki
kirinya..'? Ini semua dilakukan hanya sekadar untuk menarik perhatian
pengadil perlawanan.
Jadi kepada semua Pemimpin dan Ahli Umno,
saya minta Tan Sri, Datuk-datuk dan saudara-saudara semua agar diam dan
pekakkan saja telinga saudara itu. Usah ambil hati dan berilah 'peluang
terakhir' untuk Perdana Menteri kesayangan saya itu untuk bercakap
apa-apa pun.
Bukannya apa saya takut nanti 'riwayat' mantan PM
kesayangan saya ini akan berakhir sama tarikh dengan jatuhnya kerajaan
BN/Umno.
Posted by
su-kj
at
10:55 PM
Posted at 11:11 am by aku budak blues
Permalink
ROSLAN SMS N32 MENULIS BEZA ANTARA ...
Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, sebahagian besar tugas yang diamanahkan kepada saya
bagi melakukan modifikasi ke atas beberapa buah blog telah saya
sempurnakan walaupun masih ada beberapa perkara yang masih perlu
diperbaiki. Ini kerana kebanyakan daripadanya (perkara yang belum siap)
tidak dapat dilaksanakan di tempat kerja disebabkan capaian internet
yang terlalu terhad (serta ‘halangan’ daripada memasuki blogger.com). Insya Allah, akan saya cuba selesaikan secepat yang mungkin.
Saya cukup gembira kerana kaset79 dan roslansms kini sudah berwajah baru dan saya berharap mereka juga sukakannya.

Ok, apa yang ingin saya perkatak an
ialah tentang beberapa perbezaan ketara antara blog yang menggunakan
platform wordpress dan blogger. Perkara inilah yang pada awalnya
sedikit mengelirukan saya, tetapi setelah mengambil masa yang agak lama
‘bermain-main’ dengan kedua-dua platform ini, akhirnya segala perbezaan
itu tidak menjadi halangan besar buat saya.

Wordpress menggunakan theme manakala blogger tetap dengan istilah
template untuk struktur webnya. Ketika blogger dengan format xhtml dan
xml (blogger baru), wordpress pula menggunakan struktur css dan php
yang jauh berbeza. Pengguna blogger hanya perlu melakukan ubahsuai ke
atas satu (dan hanya satu) template xml, sedangkan, bagi pengguna
wordpress seperti saya, terdapat satu template css dan
sekurang-sekurangnya 8 template dalam bentuk php membentuk sebuah theme
(template bagi blogger) dan perlu diubahsuai sekiranya saya ingin
melakukan proses modifikasi.
Pada bahagian penulisan entri, wordpress merupakan platform yang
menggunakan kaedah ‘grouping’ entri-entri di dalam bentuk ‘categories’.
Kemudian, blogger (ketika itu versi beta) mula menyediakan kemudahan
yang sama tetapi dengan nama ‘label’. Keduanya punya fungsi yang sama.
Terbaru, wordpress mempertingkatkan kemudahcapaian enrti-entri yang
ditulis dengan memasukkan fungsi tags (atau sesetengah orang biasa
dengan nama tag cloud).
Apa lagi ya…
Blogger menggunakan istilah element bagi mentakrifkan item-item
tambahan yang boleh ditambah pada bahagian sidebar. Dengan fungsi yang
sama, wordpress menggunakan istilah widget, dan widget ini boleh dimuat
turun dengan mudah daripada beberapa laman web yang menyediakan
kemudahan muat turun widget.

Ketika ramai yang menganggap terdapat banyak persamaan di antara
kedua-dua platform, wordpress sebenarnya platform untuk ‘advance users’
kerana wordpress menawarkan banyak kemudahan pengurusan blog (blogging
management tools) yang tidak terdapat pada platform blogger. Dalam erti
kata lain, wordpress agak kompleks dan tidak bersesuaian bagi mereka
yang suka menulis dengan santai.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, cubalah menggunakan wordpress di wordpress.com.
Tetapi sebab utama saya memilih wordpress bukan kerana semua di
atas, sebaliknya kerana theme (atau template) wordpress jauh lebih
menarik dan kreatif (heavilly and professionally designed) berbanding
template-template blogger (aka blogspot!) hehe.
Wassalam.
Posted at 09:34 am by aku budak blues
Permalink
cantik betul laptop ni....pelik jugak nama pc hibrid...macam kereta hibrid jer...ada duit boleh beli ni.. POWERMATE P3020 menyasarkan pengalaman hiburan rumah digital yang mengagumkan. SETELAH berjaya mengeluarkan komputer peribadi (PC) hibrid POWERMATE P5000, NEC Computers (NEC) kali ini tampil dengan komputer peribadi hibrid POWERMATE P3020 yang turut menekankan keupayaan multimedia. Komputer semua dalam satu ini menyatukan teknologi sofistikated dan gaya hidup penuh bergaya ke dalam hiburan audio-video rumah. POWERMATE P3020 menyasarkan pengalaman hiburan rumah digital yang mengagumkan. Dengan kemasan berwarna putih dan sentuhan elegan, ia dicipta seperti sebahagian perabot rumah dengan rekaan dinamik yang menjanjikan keselesaan. Untuk prestasi yang lebih baik, P3020 dikuasakan dengan AMD Athlon 64 X2 Dual-Core Processor TK-57 dan menawarkan pengalaman berkomputer berkelajuan tinggi 1.9GHz. P3020 mempunyai skrin LCD lebar 15.4 inci Dual Lamp dengan teknologi Super Shine View EX NEC yang menjadi pemangkin kepada keseronokan maksimum tontonan berkualiti imej TV. Dengan rekaan uniknya dan berkonsepkan penjimatan ruang, gajet ini turut mempunyai ruang menyimpan alat tulis, butang kekunci untuk akses internet segera, pembaca kad 13 dalam 1 untuk pemindahan storan media yang pantas dan slot unik pemacu DVD RW.  | | REKAAN dinamik yang mudah alih. |
Mempunyai berat sebanyak 3.9 kilogram dan dioperasikan hanya menerusi satu kabel kuasa, ia merupakan PC yang dicipta khas untuk mudah dialihkan di rumah. Papan kekunci tanpa wayarnya dilengkapi dengan tetikus joystick yang boleh dioperasikan kira-kira 10 meter. Tetikus optiknya juga diperbaharui dengan ciri baru yang mempunyai keupayaan untuk zoom kepada pelbagai bahagian dalam sebuah laman web atau dokumen dengan hanya melakukan klik mudah pada butangnya. Menerusi perisian penyuntingan video yang mudah, pengguna sendiri boleh menjadi pengarah untuk menghasilkan video. Selain kebolehan cas POWER 'OFF' USB yang membolehkan peranti dicas ketika sistem dimatikan, P3020 juga dilengkapi dengan ciri mod malam yang membolehkan pencinta muzik terlena dengan not-not nada yang harmoni. POWERMATE P3020 kini boleh didapati di pasaran pada harga RM3,299.
Posted at 08:40 am by aku budak blues
Permalink
Wednesday, April 09, 2008
Alih projek ke tempat majoriti makan babi
Aku kutip dalam kosmo berita ni...aku tak tahu kenapa nak kecoh sangatpasal benda benda kecik mcm ni ..Biarlah diorang nak ternak babi ke, tidur dengan babi ker atau apa apa sahaja.
Tapi kalau buat tepi rumah aku, memang nak makan paranglah diorang ni....... saja nak buat aku marah !
KLANG - Projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta perlu dialihkan ke kawasan yang majoriti penduduknya terdiri daripada mereka yang mengamalkan pemakanan daging ternakan itu. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, projek di daerah Sepang itu tidak sesuai kerana ia boleh mengundang masalah khususnya dari segi sensitiviti masyarakat beragama Islam yang juga majoriti penduduk di kawasan terbabit. Katanya, haiwan ternakan seperti babi tetap haram kepada umat Islam dan sudah tentu penduduk tidak mahu projek ternakan itu dilaksanakan di kawasan mereka walaupun akan dilaksanakan mengikut cara moden dan canggih. "Pandangan saya, siapa mahu ladang babi diwujudkan berhampiran kawasan penempatan mereka yang dikhuatiri akan menjejaskan persekitaran serta kualiti hidup seperti bau, pencemaran air seperti kes-kes yang dilaporkan dan kita pernah dengar sebelum ini. "Kerajaan negeri perlu mengadakan kajian mendalam serta mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan atau melaksanakan ke kawasan lain yang boleh diterima oleh penduduk di situ sekiranya benar-benar ingin menjalankan projek ini," katanya. Abdul Rahman yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan kerajaan negeri yang bersetuju untuk meneliti semula projek ternakan babi di Sepang.  Sebelum ini, projek berkenaan pernah dicadang dan dibincangkan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan membabitkan sebuah syarikat swasta tempatan yang menggunakan teknologi dari Jerman. Bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan kerana kerajaan negeri ketika itu tidak mempersetujuinya kerana sebab-sebab tertentu. - Bernama
Posted at 01:39 pm by aku budak blues
Permalink
Tuesday, April 01, 2008
Hari ini sambung lagi kisah budak ipt tak tahu guna blog ni...dah 2 hari terhenti.
sekarang ni sikit sikit dah aku tengok dan try bab blog ni..makin lama makin interesting lah sebab kita dapat publish kat all over the world what we want meskipun ada benda sensitif pun boleh disiar jugak.
Ko paham pahamlah apa benda tu kan...ye lah bab lucah, sesat, ganas, tahyul, fitnah, dan macam macam lagi boleh ditaruk dalam blog ni ...
Tapi kalu negara pun boleh goncang sebab penangan blog ni, aku rasa aku kena gak tengok dan try... nanti sku boleh juga ikut sama kemeriahan cyber yang dah jadi macam anak patung atau hobi baru iaitu ; BUAT BLOG.
masa baca paper ahad lepas aku terkejut jugak tengok berita khir toyol dah jadi blogger...mcm aku jugaklah tu. mesti dia dah tension dan free sikit sekarang.
bagus jugak dia turun sekejap ( baca ; diturunkan ) bukan apa lama lama kat atas tu tentu tak upaya juga nak menjaga diri....sampai terbagi penyapu kat orang.
aku tahu tu sebab ada kawan aku yang bapa dia tu kerja sekali dengan si tukang kena bagi penyapu tadi. Dia kata memang malu dan terguris juga hati si penerima anugerah penyapu tu...
Tapi aku fikir khir toyo tu bukan nak hina....cuma nak suruh dia jadi HARRY POTTER hahahaha....suruh terbang naik ke angkasa...hahahaha
Biasa nenek kebayan jer jadi tukang naik penyapu tapi sekarang J F K Rowling dah tahu ubah watak tukar budak pintar naik ke angkasa guna penyapu...Siap ada permainan lagi utk diorang terbang sambil berentap memasukkan binatang ke dalam kotak tu.....
hebat tak hebat khir toyo ni , dari jam 1.45 first time aku tengok komen pertama masuk, jam 6 petang dah ada 245 komen ditaruk dalam tu....hari ketiga dah sampai 540 komen...
Bayangkan macam mana khir toyo teruk kena bambu dalam blog dia...Memang dia kata terluka jugak dengan kata kata tu...tapi biasalah kata kata ni memang pedih dan tajam...cuma kita telanlah dan buat apa yang bagus dari apa yang kita dapat dari apa yang kita baca dari apa yang mereka katakan.....
banyak 'apa' pulak ayat aku ni.Entah apa apa jer..
adoiii.......dah lenguh lah tangan aku ni....nak rehatlah pulak...nanti aku nak masukkan counter, tarikh, waktu solat, lagu dll yang relevanlah kat blog baru lahir aku ni......
cow dulu.bye
Posted at 03:36 pm by aku budak blues
Permalink
Friday, March 28, 2008
Apa khabar dunia hari ini? saya datang...
Mula mula saya ingin menyatakan rasa gembira kerana dapat mencuba diari maya internet ini setelah nampak hebat sangat isu blogger menggugat undian rakyat kepada negara...Setelah diselidik saya pun menemui beberapa penyedia blog percuma seperti blogdrive , blogspot dan wordpress.
Yang lain saya belum jumpa lagi.. Mungkin makin lama makin banyak ilmu maklumat yang saya akan dapat ... Terima kasih to Budi Hartono kawan baik saya dari seberang yang gigih mengajar saya cara memblog dan yang berkaitan degannya.
Saya tak tahu nak tulis apa...Cuma nak ucap hello dunia.. Mungin blog saya ini nak popular tu susah kot. Tapi kalau dapat dikenali ramai tentu seronok.
Oh ya saya tak suka dikenali ramai...Kalau nak berhubung dengan email bolehlah untuk interaksi maya...Mungkin sejak kecik duduk di kampung jauh dari bandar buat saya tak selesa bersua dengan sesiapa. Lagipun nak menulis nulis dan mencatat diari ni pun saya rasa takut kalau ada yang kenal siapa saya.malu kalu diorang gelak karya sulung aku ni huhuhu
Ingat dulu rasa susah jugak nak buat web ni... Kenal upah webmaster laa...kena tungkus lumus laa...kena ada skrip ( macam drama pulak )....saya rasa tentu tak sanggup hadapi benda-benda macam tu....Nanti tak siap pula assignment saya nanti.
Oh yer....apa yer nak tulis ni...
banyak benda saya minta ni..tapi nak tulis semua tak sempat lah kot. Mungkin tengok apa yang utama dari yang biasa.....priority top ( eh betul ke ni ) budak kampung macam sy ni mana tahu istilah istilah mat saleh ni...lain budak bandar. mak bapak diorang cakap pun dalam inggeris jer.... sampai tersasul baru keluar melayu...
Apa yer nak sentuh ni....aku nak cerita apa yang paling aku minat...Mungkin bab mawi kot...dah lama tak tengok mawi..mawi memang world....sebab tu aku suka,,,dia cakap mesti world.....walau budak dari felda kulai macam aku....tapi dia suka sebut world...harap aku boleh lagi world dari mawi...biasa la melayu...angan angan lebih!
dia pun panas jer dengan gosip...biasalah bang akak , terkenal tentu kena diikuti isu peribadi. kalu tak mana laku suratkabar .
aku tengok jugak dalam astro kat kat cafe mawi ke mauritius dengan fanatik dia....ramai tu...siap nenek tua pun pergi sama....bila orang dah suka tentu diorang ikut jer mawi ke mana mana...tak dengar lagi orang kata bab mawi...macam dah pekak telingan diorang. sebab memang mawi budak bagus sejuk mata dipandang..kalu tidak tentu tak ada dia reti marhaban berzanji bertaranum dll....bab azan memang suara dia jer dalam tv9 tu....
biasalah cinta tu buta....biarpun mawi dikaitkan dengan dadah tapi dia menafikan ...begitu juga dia digosip tapi dia tak melatah...pernah jujur tapi dia tersungkur.
memang zaman sekarang orang jujur dilihat macam orang jahat...Kalau lagi baik lagi jahat dipandang...tapi yang nampak jahat pun mesti dia ORANG JAHAT jugak. takkan hati orang baik tengok orang semua jadi jahat.
sebab pak cik aku balik mesir cakap orang beriman ni dia tak sangka buruk...Kalu dah tak sangka buruk ( dalam hati tak ada lintasan tak elok ) jauhlah lagi dari mengutuk mengeji macam tu...
cuma aku pun pelik parti pak cik aku tu lambang bulan dok kata orang, kutuk kaw kaw jer...orang utan la, binatang la, jahat dari syaitan la dan macam mcam..takkan pak cik aku tak tahu kot benda macam ni salah? mungkin dia segan kot nak tegur mursyidul am dia...biaslah nanti kena kutuk kawang kkawan tentu malu.
macam aku dengar jugak mengumpat boleh...buka aib boleh...konfius aku..macam teruk jer agama aku ni...hingga mengumpat mengeji boleh....padahal diorang pakai macam ulama...serban memang tak tinggal....tak sama macam pak lah. songkok jer dia pakai time ke masjid.. tapi tak kata apa apa pun....siap lepas lagi anak nik aziz yang kena kurung ISA oleh mahathir....anwar pun sama ...dok kutuk jer kerajaan...memang ada hati lagi kot nak jadi pm....
aku dengar orang pun dok kutuk pak lah sekarang ni yang baru beberapa
tahun ambik alih. Dulu mahathir 2o tahun lebih tak bising pun... Aku
pun lupa tahu berapa tahun dah dia naik jadi pm...tak kisahlah... yang
penting dia memang dikutuk dicaci difitnah....dulu disanjung mr clean...tapi sekarang dah dikutuk pulak..
biarlah diorang tu....aku bukan budak alim pun..agama setakat sembahyang jer...puasa kadang kadang...ngaji tu emmm... ..setakat iqra 4 ok lagi...naik 5 - 6 dah ko hahahah.....
aku malas nak ulas bab bab ni... nanti orang kata aku ni umno atau BN pulak,,,tapi aku kesian jugak kalau dah teruk sangat dia kena kutuk...dia diam jer..anak yang buat hal dia yang kena....heran aku tengok dia ada kuasa, boleh diam tak jawab apa apa kat yang dok lawan dia.
kalu aku jadi pm saat tu jugak aku suruh pasang bom c4 kat badan penulis penjahat tu...macam altantuya....tapi dia tak sampai hati kot.keturunan wali ni memang hati dia tak suka berdendam dengan orang... keturunan baiklah katakan..
diorang yang dok kutuk pak lah tu macam anjing dok menyalak kat bukit....bukit tak ada benda nak ditakutkan ...anjing jugak yang penat dan bising...
bab politik memang aku tak nak campur. baik aku cari mana tempat download lagu, gosip artis, skandal skandal ( sex ker , dadah dll ) macam ida nerina hari tu...sebelum tu ashraf sinclair....sebelum tu zarina ( ye ker lupa lak ).....atau cari game tembak tembak ker...
macam macam aku tengok dalam internet ni..yahudi buat internet ni memang nak kenakan kita...tapi diaorang pun terkena jugak...ingat orang agama tak reti internet kot..padahal diorang lah kuat buat blog blog..blog tazkirah agama, soal jawab agama sampai blog politik pun ada...
aku pun malu sebab aku budak u pun tak reti sangat bab bab tu.....sampai goyang jugak kerajaan time pilihanraya lepas.... tapi ajaran sesat pun banyak jugak aku jumpa..macam ayah pin ibrahim bonjol dll.
kalu dulu aku tengok pelaburan haram...Heran jugak macam mana pelaburan haram ni boleh tipu hdup2 orang kita... Mungkin sebab kita tak fikir panjang kot. Fikir kawan ikut kita pun tompang sama hahahaha....rugi jugak macam pak cik aku yang pinjam beribu ribu...habis gaji dia dok bayar benda tu jer.
Memang aku dok dengar di radio dan tv zaman akhir ni memang banyak zina, menipu, fitnah.... Nabi pun cakap macam tu...mungkin kat malaysia pun banyak fitnah kot... cuma fitnah tu kadangkala dinafi tapi sebenarnya memang betul...
tapi ada yang tak betul dikata juga.... Jadi tak tahu dah mana satu betul...
Kalu aku baik jer aku diam tak kata apa apa....kalu kata tentu berdosa kalu salah...kalau betul dia makin malu.....kerana aib dia terbuka sebab aku.
macam juga email yang diforward ntah betul ke tak...orang main suka jer forward...silap haribulan kesian kilang tu nak jawab...eloklah kita siasat dulu atau suruh pihak berkuasa siasat senang....kalu betul oklah. kalu tak tentu kesian sapa yang kena fitnah tu.
aku dah penat dah menulis ni....aku main redah jer tulis blog sulung aku ni...aku harap boleh lah chaleng ( betulkan kalu silap eja ye isk isk isk ) pak samad pak sako dll yang terrer menulis...macam juga faisal tehrani...memang power tulisan dia..i like it !!!
aduh.....penat betul tangna aku nulis ni....nanti ada masa aku tulis lagi. bye kekawang...nak tengok diari AF pulak....hidup makcik rina hehehe
Posted at 08:27 pm by aku budak blues
Permalink
|
|
|