Pertama aku nak terima kasih banyak2 kat kawan aku yang galakkan aku menulis dlm blog di sini.
aku nak gunakan blog ni utk aku menulis sebanyak mungkin khusus bab bab harian aku dan apa apa sahaja yg aku fikir nak bagi ulasan.
harap korang bglah komen kat aku kalu ada respon apa apa yang korang dapat di sini...aku pun taklah perfect sangat.
tujuan aku letak ayat quran tu supaya korang dapat pahala terus bila tengok ayat tu...
sebab ada kawan aku cakap ayat quran jadi pahala tengok walau tak baca...
ok selamat membaca..
|
|
Thursday, April 10, 2008
s/u KJ menulis - artikel lawak serius hahaha
Jika diikutkan hati, sebenarnya saya tidak mahu lagi menulis apa-apa
yang melibatkan mantan Perdana Menteri 'kesayangan' saya ini. Tetapi
oleh kerana sejak sehari dua ini nampaknya beliau semakin aktif dan
nampak lebih bertenaga mengkritik kepimpinan negara, maka saya pun
nampak gayanya tidak boleh berdiam diri jugalah !
Sebenarnya,
sehari selepas 5 buah negeri jatuh ketangan parti pembangkang dalam
PRU-12, saya telah menulis dalam blog saya dan menytakan bahawa kemelut
politik yang melanda negara kita sekarang ini adalah berpunca dari Tun
Dr. Mahathir. Di mana Pak Lah cuma mengambil alih sebiji 'kanser' yang
hanya menunggu masa untuk pecah dan meletup sahaja. Kini kanser itu
telah pun pecah dan meletup.
Saya juga hairan dan tertanya tanya
kenapa sejak akhir-akhir ini Tun Dr. Mahathir nampak begitu bersemangat
saja bila mengkritik dan menghentam kepimpinan negara yang ada pada
hari ini. Pada pendapat saya kenapa dia jadi begitu kerana 3 sebab
berikut:
1. Pertama - Mungkin dia betul-betul mahu Pak Lah letak
jawatan sebagai PM. Kemudian disusuli pula dua hari lepas, dia berkata
'Datuk Najib dah tak layak jadi PM'. Pada pandangan saya pula kenapa
beliau berkata begitu mungkin kerana mahu anaknya naik lebih cepat
sikit.
2. Kedua - Adakah dia kini merasa 'gelabah' kerana tarikh
'Raja Burung' bebas untuk terbang ke sana dan ke sini sudah semakin
hampir. Bukan apa saya dah nampak nanti kita akan tengok Raja Burung
ini akan terbang dan hinggap di atas kepala-kepala 'beruk', mak beruk,
bapak beruk dan tok wan beruk semuanya lalu berkata kepada semua suku
sakat beruk ini...'Hello, how are you beruk...' (hahaha...aku nak habis
tulis ayat ini tergelak 4 kali...kau orang macam mana berapa kali pula)
3.
Ketiga - Mungkin tapak tangan Dr. Mahathir dah sejuk kot. Faham-faham
sajalah wahai semua Pemimpin Umno jika tapak tangan dah sejuk nih..?
Bagi
saya Dr. Mahathir memang seorang Doktor belit no.1 negara sekarang ini.
Manakala Arkitek belit no.1 negara pula yang berada di Sg. Siput,
Perak? Sepatutnya semasa Berita Harian dan TV3 mengadakan Malam
Anugerah Bintang Popular pada 30 Mac 08 baru-baru ini, pihak penerbit
patutnya menambahkan lagi 2 anugerah seperti yang saya sebutkan tadi
iaitu anugerah Dr. Belit paling popular dan anugerah Arkitek Belit
paling popular.
Bila saya mengkaji 'style' lakonan belit beliau,
saya nampak beliau ada persamaan dengan pemain bolasepak Chelsea iaitu
Didier Drogba. Pemain ini jika kita perhatikan betul-betul lakonannya..
'Yang kena bentes adalah kaki kanannya tetapi dia meraung sakit kaki
kirinya..'? Ini semua dilakukan hanya sekadar untuk menarik perhatian
pengadil perlawanan.
Jadi kepada semua Pemimpin dan Ahli Umno,
saya minta Tan Sri, Datuk-datuk dan saudara-saudara semua agar diam dan
pekakkan saja telinga saudara itu. Usah ambil hati dan berilah 'peluang
terakhir' untuk Perdana Menteri kesayangan saya itu untuk bercakap
apa-apa pun.
Bukannya apa saya takut nanti 'riwayat' mantan PM
kesayangan saya ini akan berakhir sama tarikh dengan jatuhnya kerajaan
BN/Umno.
Posted by
su-kj
at
10:55 PM
Posted at 11:11 am by aku budak blues
Permalink
ROSLAN SMS N32 MENULIS BEZA ANTARA ...
Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, sebahagian besar tugas yang diamanahkan kepada saya
bagi melakukan modifikasi ke atas beberapa buah blog telah saya
sempurnakan walaupun masih ada beberapa perkara yang masih perlu
diperbaiki. Ini kerana kebanyakan daripadanya (perkara yang belum siap)
tidak dapat dilaksanakan di tempat kerja disebabkan capaian internet
yang terlalu terhad (serta ‘halangan’ daripada memasuki blogger.com). Insya Allah, akan saya cuba selesaikan secepat yang mungkin.
Saya cukup gembira kerana kaset79 dan roslansms kini sudah berwajah baru dan saya berharap mereka juga sukakannya.

Ok, apa yang ingin saya perkatak an
ialah tentang beberapa perbezaan ketara antara blog yang menggunakan
platform wordpress dan blogger. Perkara inilah yang pada awalnya
sedikit mengelirukan saya, tetapi setelah mengambil masa yang agak lama
‘bermain-main’ dengan kedua-dua platform ini, akhirnya segala perbezaan
itu tidak menjadi halangan besar buat saya.

Wordpress menggunakan theme manakala blogger tetap dengan istilah
template untuk struktur webnya. Ketika blogger dengan format xhtml dan
xml (blogger baru), wordpress pula menggunakan struktur css dan php
yang jauh berbeza. Pengguna blogger hanya perlu melakukan ubahsuai ke
atas satu (dan hanya satu) template xml, sedangkan, bagi pengguna
wordpress seperti saya, terdapat satu template css dan
sekurang-sekurangnya 8 template dalam bentuk php membentuk sebuah theme
(template bagi blogger) dan perlu diubahsuai sekiranya saya ingin
melakukan proses modifikasi.
Pada bahagian penulisan entri, wordpress merupakan platform yang
menggunakan kaedah ‘grouping’ entri-entri di dalam bentuk ‘categories’.
Kemudian, blogger (ketika itu versi beta) mula menyediakan kemudahan
yang sama tetapi dengan nama ‘label’. Keduanya punya fungsi yang sama.
Terbaru, wordpress mempertingkatkan kemudahcapaian enrti-entri yang
ditulis dengan memasukkan fungsi tags (atau sesetengah orang biasa
dengan nama tag cloud).
Apa lagi ya…
Blogger menggunakan istilah element bagi mentakrifkan item-item
tambahan yang boleh ditambah pada bahagian sidebar. Dengan fungsi yang
sama, wordpress menggunakan istilah widget, dan widget ini boleh dimuat
turun dengan mudah daripada beberapa laman web yang menyediakan
kemudahan muat turun widget.

Ketika ramai yang menganggap terdapat banyak persamaan di antara
kedua-dua platform, wordpress sebenarnya platform untuk ‘advance users’
kerana wordpress menawarkan banyak kemudahan pengurusan blog (blogging
management tools) yang tidak terdapat pada platform blogger. Dalam erti
kata lain, wordpress agak kompleks dan tidak bersesuaian bagi mereka
yang suka menulis dengan santai.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, cubalah menggunakan wordpress di wordpress.com.
Tetapi sebab utama saya memilih wordpress bukan kerana semua di
atas, sebaliknya kerana theme (atau template) wordpress jauh lebih
menarik dan kreatif (heavilly and professionally designed) berbanding
template-template blogger (aka blogspot!) hehe.
Wassalam.
Posted at 09:34 am by aku budak blues
Permalink
cantik betul laptop ni....pelik jugak nama pc hibrid...macam kereta hibrid jer...ada duit boleh beli ni.. POWERMATE P3020 menyasarkan pengalaman hiburan rumah digital yang mengagumkan. SETELAH berjaya mengeluarkan komputer peribadi (PC) hibrid POWERMATE P5000, NEC Computers (NEC) kali ini tampil dengan komputer peribadi hibrid POWERMATE P3020 yang turut menekankan keupayaan multimedia. Komputer semua dalam satu ini menyatukan teknologi sofistikated dan gaya hidup penuh bergaya ke dalam hiburan audio-video rumah. POWERMATE P3020 menyasarkan pengalaman hiburan rumah digital yang mengagumkan. Dengan kemasan berwarna putih dan sentuhan elegan, ia dicipta seperti sebahagian perabot rumah dengan rekaan dinamik yang menjanjikan keselesaan. Untuk prestasi yang lebih baik, P3020 dikuasakan dengan AMD Athlon 64 X2 Dual-Core Processor TK-57 dan menawarkan pengalaman berkomputer berkelajuan tinggi 1.9GHz. P3020 mempunyai skrin LCD lebar 15.4 inci Dual Lamp dengan teknologi Super Shine View EX NEC yang menjadi pemangkin kepada keseronokan maksimum tontonan berkualiti imej TV. Dengan rekaan uniknya dan berkonsepkan penjimatan ruang, gajet ini turut mempunyai ruang menyimpan alat tulis, butang kekunci untuk akses internet segera, pembaca kad 13 dalam 1 untuk pemindahan storan media yang pantas dan slot unik pemacu DVD RW.  | | REKAAN dinamik yang mudah alih. |
Mempunyai berat sebanyak 3.9 kilogram dan dioperasikan hanya menerusi satu kabel kuasa, ia merupakan PC yang dicipta khas untuk mudah dialihkan di rumah. Papan kekunci tanpa wayarnya dilengkapi dengan tetikus joystick yang boleh dioperasikan kira-kira 10 meter. Tetikus optiknya juga diperbaharui dengan ciri baru yang mempunyai keupayaan untuk zoom kepada pelbagai bahagian dalam sebuah laman web atau dokumen dengan hanya melakukan klik mudah pada butangnya. Menerusi perisian penyuntingan video yang mudah, pengguna sendiri boleh menjadi pengarah untuk menghasilkan video. Selain kebolehan cas POWER 'OFF' USB yang membolehkan peranti dicas ketika sistem dimatikan, P3020 juga dilengkapi dengan ciri mod malam yang membolehkan pencinta muzik terlena dengan not-not nada yang harmoni. POWERMATE P3020 kini boleh didapati di pasaran pada harga RM3,299.
Posted at 08:40 am by aku budak blues
Permalink
Wednesday, April 09, 2008
Alih projek ke tempat majoriti makan babi
Aku kutip dalam kosmo berita ni...aku tak tahu kenapa nak kecoh sangatpasal benda benda kecik mcm ni ..Biarlah diorang nak ternak babi ke, tidur dengan babi ker atau apa apa sahaja.
Tapi kalau buat tepi rumah aku, memang nak makan paranglah diorang ni....... saja nak buat aku marah !
KLANG - Projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta perlu dialihkan ke kawasan yang majoriti penduduknya terdiri daripada mereka yang mengamalkan pemakanan daging ternakan itu. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, projek di daerah Sepang itu tidak sesuai kerana ia boleh mengundang masalah khususnya dari segi sensitiviti masyarakat beragama Islam yang juga majoriti penduduk di kawasan terbabit. Katanya, haiwan ternakan seperti babi tetap haram kepada umat Islam dan sudah tentu penduduk tidak mahu projek ternakan itu dilaksanakan di kawasan mereka walaupun akan dilaksanakan mengikut cara moden dan canggih. "Pandangan saya, siapa mahu ladang babi diwujudkan berhampiran kawasan penempatan mereka yang dikhuatiri akan menjejaskan persekitaran serta kualiti hidup seperti bau, pencemaran air seperti kes-kes yang dilaporkan dan kita pernah dengar sebelum ini. "Kerajaan negeri perlu mengadakan kajian mendalam serta mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan atau melaksanakan ke kawasan lain yang boleh diterima oleh penduduk di situ sekiranya benar-benar ingin menjalankan projek ini," katanya. Abdul Rahman yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan kerajaan negeri yang bersetuju untuk meneliti semula projek ternakan babi di Sepang.  Sebelum ini, projek berkenaan pernah dicadang dan dibincangkan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan membabitkan sebuah syarikat swasta tempatan yang menggunakan teknologi dari Jerman. Bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan kerana kerajaan negeri ketika itu tidak mempersetujuinya kerana sebab-sebab tertentu. - Bernama
Posted at 01:39 pm by aku budak blues
Permalink
Tuesday, April 01, 2008
Hari ini sambung lagi kisah budak ipt tak tahu guna blog ni...dah 2 hari terhenti.
sekarang ni sikit sikit dah aku tengok dan try bab blog ni..makin lama makin interesting lah sebab kita dapat publish kat all over the world what we want meskipun ada benda sensitif pun boleh disiar jugak.
Ko paham pahamlah apa benda tu kan...ye lah bab lucah, sesat, ganas, tahyul, fitnah, dan macam macam lagi boleh ditaruk dalam blog ni ...
Tapi kalu negara pun boleh goncang sebab penangan blog ni, aku rasa aku kena gak tengok dan try... nanti sku boleh juga ikut sama kemeriahan cyber yang dah jadi macam anak patung atau hobi baru iaitu ; BUAT BLOG.
masa baca paper ahad lepas aku terkejut jugak tengok berita khir toyol dah jadi blogger...mcm aku jugaklah tu. mesti dia dah tension dan free sikit sekarang.
bagus jugak dia turun sekejap ( baca ; diturunkan ) bukan apa lama lama kat atas tu tentu tak upaya juga nak menjaga diri....sampai terbagi penyapu kat orang.
aku tahu tu sebab ada kawan aku yang bapa dia tu kerja sekali dengan si tukang kena bagi penyapu tadi. Dia kata memang malu dan terguris juga hati si penerima anugerah penyapu tu...
Tapi aku fikir khir toyo tu bukan nak hina....cuma nak suruh dia jadi HARRY POTTER hahahaha....suruh terbang naik ke angkasa...hahahaha
Biasa nenek kebayan jer jadi tukang naik penyapu tapi sekarang J F K Rowling dah tahu ubah watak tukar budak pintar naik ke angkasa guna penyapu...Siap ada permainan lagi utk diorang terbang sambil berentap memasukkan binatang ke dalam kotak tu.....
hebat tak hebat khir toyo ni , dari jam 1.45 first time aku tengok komen pertama masuk, jam 6 petang dah ada 245 komen ditaruk dalam tu....hari ketiga dah sampai 540 komen...
Bayangkan macam mana khir toyo teruk kena bambu dalam blog dia...Memang dia kata terluka jugak dengan kata kata tu...tapi biasalah kata kata ni memang pedih dan tajam...cuma kita telanlah dan buat apa yang bagus dari apa yang kita dapat dari apa yang kita baca dari apa yang mereka katakan.....
banyak 'apa' pulak ayat aku ni.Entah apa apa jer..
adoiii.......dah lenguh lah tangan aku ni....nak rehatlah pulak...nanti aku nak masukkan counter, tarikh, waktu solat, lagu dll yang relevanlah kat blog baru lahir aku ni......
cow dulu.bye
Posted at 03:36 pm by aku budak blues
Permalink
Friday, March 28, 2008
Apa khabar dunia hari ini? saya datang...
Mula mula saya ingin menyatakan rasa gembira kerana dapat mencuba diari maya internet ini setelah nampak hebat sangat isu blogger menggugat undian rakyat kepada negara...Setelah diselidik saya pun menemui beberapa penyedia blog percuma seperti blogdrive , blogspot dan wordpress.
Yang lain saya belum jumpa lagi.. Mungkin makin lama makin banyak ilmu maklumat yang saya akan dapat ... Terima kasih to Budi Hartono kawan baik saya dari seberang yang gigih mengajar saya cara memblog dan yang berkaitan degannya.
Saya tak tahu nak tulis apa...Cuma nak ucap hello dunia.. Mungin blog saya ini nak popular tu susah kot. Tapi kalau dapat dikenali ramai tentu seronok.
Oh ya saya tak suka dikenali ramai...Kalau nak berhubung dengan email bolehlah untuk interaksi maya...Mungkin sejak kecik duduk di kampung jauh dari bandar buat saya tak selesa bersua dengan sesiapa. Lagipun nak menulis nulis dan mencatat diari ni pun saya rasa takut kalau ada yang kenal siapa saya.malu kalu diorang gelak karya sulung aku ni huhuhu
Ingat dulu rasa susah jugak nak buat web ni... Kenal upah webmaster laa...kena tungkus lumus laa...kena ada skrip ( macam drama pulak )....saya rasa tentu tak sanggup hadapi benda-benda macam tu....Nanti tak siap pula assignment saya nanti.
Oh yer....apa yer nak tulis ni...
banyak benda saya minta ni..tapi nak tulis semua tak sempat lah kot. Mungkin tengok apa yang utama dari yang biasa.....priority top ( eh betul ke ni ) budak kampung macam sy ni mana tahu istilah istilah mat saleh ni...lain budak bandar. mak bapak diorang cakap pun dalam inggeris jer.... sampai tersasul baru keluar melayu...
Apa yer nak sentuh ni....aku nak cerita apa yang paling aku minat...Mungkin bab mawi kot...dah lama tak tengok mawi..mawi memang world....sebab tu aku suka,,,dia cakap mesti world.....walau budak dari felda kulai macam aku....tapi dia suka sebut world...harap aku boleh lagi world dari mawi...biasa la melayu...angan angan lebih!
dia pun panas jer dengan gosip...biasalah bang akak , terkenal tentu kena diikuti isu peribadi. kalu tak mana laku suratkabar .
aku tengok jugak dalam astro kat kat cafe mawi ke mauritius dengan fanatik dia....ramai tu...siap nenek tua pun pergi sama....bila orang dah suka tentu diorang ikut jer mawi ke mana mana...tak dengar lagi orang kata bab mawi...macam dah pekak telingan diorang. sebab memang mawi budak bagus sejuk mata dipandang..kalu tidak tentu tak ada dia reti marhaban berzanji bertaranum dll....bab azan memang suara dia jer dalam tv9 tu....
biasalah cinta tu buta....biarpun mawi dikaitkan dengan dadah tapi dia menafikan ...begitu juga dia digosip tapi dia tak melatah...pernah jujur tapi dia tersungkur.
memang zaman sekarang orang jujur dilihat macam orang jahat...Kalau lagi baik lagi jahat dipandang...tapi yang nampak jahat pun mesti dia ORANG JAHAT jugak. takkan hati orang baik tengok orang semua jadi jahat.
sebab pak cik aku balik mesir cakap orang beriman ni dia tak sangka buruk...Kalu dah tak sangka buruk ( dalam hati tak ada lintasan tak elok ) jauhlah lagi dari mengutuk mengeji macam tu...
cuma aku pun pelik parti pak cik aku tu lambang bulan dok kata orang, kutuk kaw kaw jer...orang utan la, binatang la, jahat dari syaitan la dan macam mcam..takkan pak cik aku tak tahu kot benda macam ni salah? mungkin dia segan kot nak tegur mursyidul am dia...biaslah nanti kena kutuk kawang kkawan tentu malu.
macam aku dengar jugak mengumpat boleh...buka aib boleh...konfius aku..macam teruk jer agama aku ni...hingga mengumpat mengeji boleh....padahal diorang pakai macam ulama...serban memang tak tinggal....tak sama macam pak lah. songkok jer dia pakai time ke masjid.. tapi tak kata apa apa pun....siap lepas lagi anak nik aziz yang kena kurung ISA oleh mahathir....anwar pun sama ...dok kutuk jer kerajaan...memang ada hati lagi kot nak jadi pm....
aku dengar orang pun dok kutuk pak lah sekarang ni yang baru beberapa
tahun ambik alih. Dulu mahathir 2o tahun lebih tak bising pun... Aku
pun lupa tahu berapa tahun dah dia naik jadi pm...tak kisahlah... yang
penting dia memang dikutuk dicaci difitnah....dulu disanjung mr clean...tapi sekarang dah dikutuk pulak..
biarlah diorang tu....aku bukan budak alim pun..agama setakat sembahyang jer...puasa kadang kadang...ngaji tu emmm... ..setakat iqra 4 ok lagi...naik 5 - 6 dah ko hahahah.....
aku malas nak ulas bab bab ni... nanti orang kata aku ni umno atau BN pulak,,,tapi aku kesian jugak kalau dah teruk sangat dia kena kutuk...dia diam jer..anak yang buat hal dia yang kena....heran aku tengok dia ada kuasa, boleh diam tak jawab apa apa kat yang dok lawan dia.
kalu aku jadi pm saat tu jugak aku suruh pasang bom c4 kat badan penulis penjahat tu...macam altantuya....tapi dia tak sampai hati kot.keturunan wali ni memang hati dia tak suka berdendam dengan orang... keturunan baiklah katakan..
diorang yang dok kutuk pak lah tu macam anjing dok menyalak kat bukit....bukit tak ada benda nak ditakutkan ...anjing jugak yang penat dan bising...
bab politik memang aku tak nak campur. baik aku cari mana tempat download lagu, gosip artis, skandal skandal ( sex ker , dadah dll ) macam ida nerina hari tu...sebelum tu ashraf sinclair....sebelum tu zarina ( ye ker lupa lak ).....atau cari game tembak tembak ker...
macam macam aku tengok dalam internet ni..yahudi buat internet ni memang nak kenakan kita...tapi diaorang pun terkena jugak...ingat orang agama tak reti internet kot..padahal diorang lah kuat buat blog blog..blog tazkirah agama, soal jawab agama sampai blog politik pun ada...
aku pun malu sebab aku budak u pun tak reti sangat bab bab tu.....sampai goyang jugak kerajaan time pilihanraya lepas.... tapi ajaran sesat pun banyak jugak aku jumpa..macam ayah pin ibrahim bonjol dll.
kalu dulu aku tengok pelaburan haram...Heran jugak macam mana pelaburan haram ni boleh tipu hdup2 orang kita... Mungkin sebab kita tak fikir panjang kot. Fikir kawan ikut kita pun tompang sama hahahaha....rugi jugak macam pak cik aku yang pinjam beribu ribu...habis gaji dia dok bayar benda tu jer.
Memang aku dok dengar di radio dan tv zaman akhir ni memang banyak zina, menipu, fitnah.... Nabi pun cakap macam tu...mungkin kat malaysia pun banyak fitnah kot... cuma fitnah tu kadangkala dinafi tapi sebenarnya memang betul...
tapi ada yang tak betul dikata juga.... Jadi tak tahu dah mana satu betul...
Kalu aku baik jer aku diam tak kata apa apa....kalu kata tentu berdosa kalu salah...kalau betul dia makin malu.....kerana aib dia terbuka sebab aku.
macam juga email yang diforward ntah betul ke tak...orang main suka jer forward...silap haribulan kesian kilang tu nak jawab...eloklah kita siasat dulu atau suruh pihak berkuasa siasat senang....kalu betul oklah. kalu tak tentu kesian sapa yang kena fitnah tu.
aku dah penat dah menulis ni....aku main redah jer tulis blog sulung aku ni...aku harap boleh lah chaleng ( betulkan kalu silap eja ye isk isk isk ) pak samad pak sako dll yang terrer menulis...macam juga faisal tehrani...memang power tulisan dia..i like it !!!
aduh.....penat betul tangna aku nulis ni....nanti ada masa aku tulis lagi. bye kekawang...nak tengok diari AF pulak....hidup makcik rina hehehe
Posted at 08:27 pm by aku budak blues
Permalink
|
|
|