Bahan menarik dari blog heliconia
Ada sajak aku jumpa dlm ruangan komen blog heliconia...menarik dan menyentuh hati aku yang keras jgk ni...walaupun ada huruf perkataan tak pernah aku dengar tapi nanti aku carik apa dia makna nya tu...
Ikhwan itu orang Beriman
Jika ingin mengenal ikhwan,
mereka yang terus kita rasa,
ada perasaan cinta yang bergetar di dalam jiwa…
Jika orang beriman itu sangat bersaudara,
kita akan kenali para munafik itu suka bersengketa,
meletakkan nafsu di depan daripada wahyu Tuhan,
kurang ajar dalam beradab dengan Rasul Pilihan…
Jika kita sudah merasa,
ada cinta lahir tiba tiba,
ia menandakan kita semua sama,
dari satu sumber yang tiada dua,
Jika hati kita bergetar mendengar nama ALLAH,
Hiba dalam rindu mengingati Rasulullah,
pandanglah pewaris baginda yang jelas lagi bersuluh,
menjadi ubat untuk umat yang resah
lagi teruk dihimpit penyakit parah..
Kerana melihat al quran mendatangkan ketenangan
melihat ibu bapa menjana keridhaan.
melihat kaabah kerana ia syiar Tuhan
melihat guru mursyid juga satu ibadat yang tiada kurang pahala dari apa yang disebutkan..
Pegang teguhlah wahai umat para Wali Pilihan di akhir zaman
genggamlah bara hingga menjadi arang !
Selamat berjuang melawan musuh luar dan dalam jiwa kita..
moga berjaya semua amin !!
Madad Ya Rasulallah !
Madad Ya AHli Baitullah !
Madad Ahli Arifin Billah !
Posted at 07:36 pm by aku budak blues