Jika diikutkan hati, sebenarnya saya tidak mahu lagi menulis apa-apa
yang melibatkan mantan Perdana Menteri 'kesayangan' saya ini. Tetapi
oleh kerana sejak sehari dua ini nampaknya beliau semakin aktif dan
nampak lebih bertenaga mengkritik kepimpinan negara, maka saya pun
nampak gayanya tidak boleh berdiam diri jugalah !
Sebenarnya,
sehari selepas 5 buah negeri jatuh ketangan parti pembangkang dalam
PRU-12, saya telah menulis dalam blog saya dan menytakan bahawa kemelut
politik yang melanda negara kita sekarang ini adalah berpunca dari Tun
Dr. Mahathir. Di mana Pak Lah cuma mengambil alih sebiji 'kanser' yang
hanya menunggu masa untuk pecah dan meletup sahaja. Kini kanser itu
telah pun pecah dan meletup.
Saya juga hairan dan tertanya tanya
kenapa sejak akhir-akhir ini Tun Dr. Mahathir nampak begitu bersemangat
saja bila mengkritik dan menghentam kepimpinan negara yang ada pada
hari ini. Pada pendapat saya kenapa dia jadi begitu kerana 3 sebab
berikut:
1. Pertama - Mungkin dia betul-betul mahu Pak Lah letak
jawatan sebagai PM. Kemudian disusuli pula dua hari lepas, dia berkata
'Datuk Najib dah tak layak jadi PM'. Pada pandangan saya pula kenapa
beliau berkata begitu mungkin kerana mahu anaknya naik lebih cepat
sikit.
2. Kedua - Adakah dia kini merasa 'gelabah' kerana tarikh
'Raja Burung' bebas untuk terbang ke sana dan ke sini sudah semakin
hampir. Bukan apa saya dah nampak nanti kita akan tengok Raja Burung
ini akan terbang dan hinggap di atas kepala-kepala 'beruk', mak beruk,
bapak beruk dan tok wan beruk semuanya lalu berkata kepada semua suku
sakat beruk ini...'Hello, how are you beruk...' (hahaha...aku nak habis
tulis ayat ini tergelak 4 kali...kau orang macam mana berapa kali pula)
3.
Ketiga - Mungkin tapak tangan Dr. Mahathir dah sejuk kot. Faham-faham
sajalah wahai semua Pemimpin Umno jika tapak tangan dah sejuk nih..?
Bagi
saya Dr. Mahathir memang seorang Doktor belit no.1 negara sekarang ini.
Manakala Arkitek belit no.1 negara pula yang berada di Sg. Siput,
Perak? Sepatutnya semasa Berita Harian dan TV3 mengadakan Malam
Anugerah Bintang Popular pada 30 Mac 08 baru-baru ini, pihak penerbit
patutnya menambahkan lagi 2 anugerah seperti yang saya sebutkan tadi
iaitu anugerah Dr. Belit paling popular dan anugerah Arkitek Belit
paling popular.
Bila saya mengkaji 'style' lakonan belit beliau,
saya nampak beliau ada persamaan dengan pemain bolasepak Chelsea iaitu
Didier Drogba. Pemain ini jika kita perhatikan betul-betul lakonannya..
'Yang kena bentes adalah kaki kanannya tetapi dia meraung sakit kaki
kirinya..'? Ini semua dilakukan hanya sekadar untuk menarik perhatian
pengadil perlawanan.
Jadi kepada semua Pemimpin dan Ahli Umno,
saya minta Tan Sri, Datuk-datuk dan saudara-saudara semua agar diam dan
pekakkan saja telinga saudara itu. Usah ambil hati dan berilah 'peluang
terakhir' untuk Perdana Menteri kesayangan saya itu untuk bercakap
apa-apa pun.
Bukannya apa saya takut nanti 'riwayat' mantan PM
kesayangan saya ini akan berakhir sama tarikh dengan jatuhnya kerajaan
BN/Umno.
