Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, sebahagian besar tugas yang diamanahkan kepada saya
bagi melakukan modifikasi ke atas beberapa buah blog telah saya
sempurnakan walaupun masih ada beberapa perkara yang masih perlu
diperbaiki. Ini kerana kebanyakan daripadanya (perkara yang belum siap)
tidak dapat dilaksanakan di tempat kerja disebabkan capaian internet
yang terlalu terhad (serta ‘halangan’ daripada memasuki blogger.com). Insya Allah, akan saya cuba selesaikan secepat yang mungkin.
Saya cukup gembira kerana kaset79 dan roslansms kini sudah berwajah baru dan saya berharap mereka juga sukakannya.

Ok, apa yang ingin saya perkatak
an
ialah tentang beberapa perbezaan ketara antara blog yang menggunakan
platform wordpress dan blogger. Perkara inilah yang pada awalnya
sedikit mengelirukan saya, tetapi setelah mengambil masa yang agak lama
‘bermain-main’ dengan kedua-dua platform ini, akhirnya segala perbezaan
itu tidak menjadi halangan besar buat saya.

Wordpress menggunakan theme manakala blogger tetap dengan istilah
template untuk struktur webnya. Ketika blogger dengan format xhtml dan
xml (blogger baru), wordpress pula menggunakan struktur css dan php
yang jauh berbeza. Pengguna blogger hanya perlu melakukan ubahsuai ke
atas satu (dan hanya satu) template xml, sedangkan, bagi pengguna
wordpress seperti saya, terdapat satu template css dan
sekurang-sekurangnya 8 template dalam bentuk php membentuk sebuah theme
(template bagi blogger) dan perlu diubahsuai sekiranya saya ingin
melakukan proses modifikasi.
Pada bahagian penulisan entri, wordpress merupakan platform yang
menggunakan kaedah ‘grouping’ entri-entri di dalam bentuk ‘categories’.
Kemudian, blogger (ketika itu versi beta) mula menyediakan kemudahan
yang sama tetapi dengan nama ‘label’. Keduanya punya fungsi yang sama.
Terbaru, wordpress mempertingkatkan kemudahcapaian enrti-entri yang
ditulis dengan memasukkan fungsi tags (atau sesetengah orang biasa
dengan nama tag cloud).
Apa lagi ya…
Blogger menggunakan istilah element bagi mentakrifkan item-item
tambahan yang boleh ditambah pada bahagian sidebar. Dengan fungsi yang
sama, wordpress menggunakan istilah widget, dan widget ini boleh dimuat
turun dengan mudah daripada beberapa laman web yang menyediakan
kemudahan muat turun widget.

Ketika ramai yang menganggap terdapat banyak persamaan di antara
kedua-dua platform, wordpress sebenarnya platform untuk ‘advance users’
kerana wordpress menawarkan banyak kemudahan pengurusan blog (blogging
management tools) yang tidak terdapat pada platform blogger. Dalam erti
kata lain, wordpress agak kompleks dan tidak bersesuaian bagi mereka
yang suka menulis dengan santai.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, cubalah menggunakan wordpress di wordpress.com.
Tetapi sebab utama saya memilih wordpress bukan kerana semua di
atas, sebaliknya kerana theme (atau template) wordpress jauh lebih
menarik dan kreatif (heavilly and professionally designed) berbanding
template-template blogger (aka blogspot!) hehe.
Wassalam.
Posted at 09:34 am by aku budak blues