cantik betul laptop ni....pelik jugak nama pc hibrid...macam kereta hibrid jer...ada duit boleh beli ni..
POWERMATE P3020 menyasarkan pengalaman hiburan rumah digital yang mengagumkan.
SETELAH berjaya mengeluarkan komputer peribadi (PC) hibrid POWERMATE P5000, NEC Computers (NEC) kali ini tampil dengan komputer peribadi hibrid POWERMATE P3020 yang turut menekankan keupayaan multimedia. Komputer semua dalam satu ini menyatukan teknologi sofistikated dan gaya hidup penuh bergaya ke dalam hiburan audio-video rumah.
POWERMATE P3020 menyasarkan pengalaman hiburan rumah digital yang mengagumkan. Dengan kemasan berwarna putih dan sentuhan elegan, ia dicipta seperti sebahagian perabot rumah dengan rekaan dinamik yang menjanjikan keselesaan.
Untuk prestasi yang lebih baik, P3020 dikuasakan dengan AMD Athlon 64 X2 Dual-Core Processor TK-57 dan menawarkan pengalaman berkomputer berkelajuan tinggi 1.9GHz.
P3020 mempunyai skrin LCD lebar 15.4 inci Dual Lamp dengan teknologi Super Shine View EX NEC yang menjadi pemangkin kepada keseronokan maksimum tontonan berkualiti imej TV.
Dengan rekaan uniknya dan berkonsepkan penjimatan ruang, gajet ini turut mempunyai ruang menyimpan alat tulis, butang kekunci untuk akses internet segera, pembaca kad 13 dalam 1 untuk pemindahan storan media yang pantas dan slot unik pemacu DVD RW.
 |
| REKAAN dinamik yang mudah alih. |
Mempunyai berat sebanyak 3.9 kilogram dan dioperasikan hanya menerusi satu kabel kuasa, ia merupakan PC yang dicipta khas untuk mudah dialihkan di rumah. Papan kekunci tanpa wayarnya dilengkapi dengan tetikus
joystick yang boleh dioperasikan kira-kira 10 meter.
Tetikus optiknya juga diperbaharui dengan ciri baru yang mempunyai keupayaan untuk zoom kepada pelbagai bahagian dalam sebuah laman web atau dokumen dengan hanya melakukan klik mudah pada butangnya. Menerusi perisian penyuntingan video yang mudah, pengguna sendiri boleh menjadi pengarah untuk menghasilkan video.
Selain kebolehan cas POWER 'OFF' USB yang membolehkan peranti dicas ketika sistem dimatikan, P3020 juga dilengkapi dengan ciri mod malam yang membolehkan pencinta muzik terlena dengan not-not nada yang harmoni.
POWERMATE P3020 kini boleh didapati di pasaran pada harga RM3,299.
Posted at 08:40 am by aku budak blues