Pertama aku nak terima kasih banyak2 kat kawan aku yang galakkan aku menulis dlm blog di sini. aku nak gunakan blog ni utk aku menulis sebanyak mungkin khusus bab bab harian aku dan apa apa sahaja yg aku fikir nak bagi ulasan. harap korang bglah komen kat aku kalu ada respon apa apa yang korang dapat di sini...aku pun taklah perfect sangat. tujuan aku letak ayat quran tu supaya korang dapat pahala terus bila tengok ayat tu... sebab ada kawan aku cakap ayat quran jadi pahala tengok walau tak baca... ok selamat membaca..
   

<< April 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:







Wednesday, April 09, 2008
Alih projek ke tempat majoriti makan babi

 

Aku kutip dalam kosmo berita ni...aku tak tahu kenapa nak kecoh sangatpasal benda benda kecik mcm ni ..

Biarlah diorang nak ternak babi ke, tidur dengan babi ker atau apa apa sahaja.

Tapi kalau buat tepi rumah aku, memang nak makan paranglah diorang ni....... saja nak buat aku marah !


KLANG - Projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta perlu dialihkan ke kawasan yang majoriti penduduknya terdiri daripada mereka yang mengamalkan pemakanan daging ternakan itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, projek di daerah Sepang itu tidak sesuai kerana ia boleh mengundang masalah khususnya dari segi sensitiviti masyarakat beragama Islam yang juga majoriti penduduk di kawasan terbabit.

Katanya, haiwan ternakan seperti babi tetap haram kepada umat Islam dan sudah tentu penduduk tidak mahu projek ternakan itu dilaksanakan di kawasan mereka walaupun akan dilaksanakan mengikut cara moden dan canggih.

"Pandangan saya, siapa mahu ladang babi diwujudkan berhampiran kawasan penempatan mereka yang dikhuatiri akan menjejaskan persekitaran serta kualiti hidup seperti bau, pencemaran air seperti kes-kes yang dilaporkan dan kita pernah dengar sebelum ini.

"Kerajaan negeri perlu mengadakan kajian mendalam serta mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan atau melaksanakan ke kawasan lain yang boleh diterima oleh penduduk di situ sekiranya benar-benar ingin menjalankan projek ini," katanya.

Abdul Rahman yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan kerajaan negeri yang bersetuju untuk meneliti semula projek ternakan babi di Sepang.

Sebelum ini, projek berkenaan pernah dicadang dan dibincangkan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan membabitkan sebuah syarikat swasta tempatan yang menggunakan teknologi dari Jerman.

Bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan kerana kerajaan negeri ketika itu tidak mempersetujuinya kerana sebab-sebab tertentu. - Bernama

 

Posted at 01:39 pm by aku budak blues

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry