Hari ini sambung lagi kisah budak ipt tak tahu guna blog ni...dah 2 hari terhenti.
sekarang ni sikit sikit dah aku tengok dan try bab blog ni..makin lama makin interesting lah sebab kita dapat publish kat all over the world what we want meskipun ada benda sensitif pun boleh disiar jugak.
Ko paham pahamlah apa benda tu kan...ye lah bab lucah, sesat, ganas, tahyul, fitnah, dan macam macam lagi boleh ditaruk dalam blog ni ...
Tapi kalu negara pun boleh goncang sebab penangan blog ni, aku rasa aku kena gak tengok dan try... nanti sku boleh juga ikut sama kemeriahan cyber yang dah jadi macam anak patung atau hobi baru iaitu ; BUAT BLOG.
masa baca paper ahad lepas aku terkejut jugak tengok berita khir toyol dah jadi blogger...mcm aku jugaklah tu. mesti dia dah tension dan free sikit sekarang.
bagus jugak dia turun sekejap ( baca ; diturunkan ) bukan apa lama lama kat atas tu tentu tak upaya juga nak menjaga diri....sampai terbagi penyapu kat orang.
aku tahu tu sebab ada kawan aku yang bapa dia tu kerja sekali dengan si tukang kena bagi penyapu tadi. Dia kata memang malu dan terguris juga hati si penerima anugerah penyapu tu...
Tapi aku fikir khir toyo tu bukan nak hina....cuma nak suruh dia jadi HARRY POTTER hahahaha....suruh terbang naik ke angkasa...hahahaha
Biasa nenek kebayan jer jadi tukang naik penyapu tapi sekarang J F K Rowling dah tahu ubah watak tukar budak pintar naik ke angkasa guna penyapu...Siap ada permainan lagi utk diorang terbang sambil berentap memasukkan binatang ke dalam kotak tu.....
hebat tak hebat khir toyo ni , dari jam 1.45 first time aku tengok komen pertama masuk, jam 6 petang dah ada 245 komen ditaruk dalam tu....hari ketiga dah sampai 540 komen...
Bayangkan macam mana khir toyo teruk kena bambu dalam blog dia...Memang dia kata terluka jugak dengan kata kata tu...tapi biasalah kata kata ni memang pedih dan tajam...cuma kita telanlah dan buat apa yang bagus dari apa yang kita dapat dari apa yang kita baca dari apa yang mereka katakan.....
banyak 'apa' pulak ayat aku ni.Entah apa apa jer..
adoiii.......dah lenguh lah tangan aku ni....nak rehatlah pulak...nanti aku nak masukkan counter, tarikh, waktu solat, lagu dll yang relevanlah kat blog baru lahir aku ni......
cow dulu.bye
Posted at 03:36 pm by aku budak blues